Lawatan Nostalgia Ke Miri
Biarpun telah 20 tahun berlalu saya sangat kagum dengan kepesatan bandar raya Miri, Sarawak. Segala-galanya telah berubah hingga saya tak tahu bagaimana nak menuju ke IPG Kampus Sarawak, Miri.
Dulu bangunan tertinggi ialah Elektra House tapi kini terlalu banyak sehingga saya merasakan berada di Kuala Lumpur. Hebat dan syabas kepada pemimpin negeri dan warga Miri. Pertamakali menjejak kaki ke Miri pada 15 September 1983 untuk berkh8idmat sebagai pensyarak muzik di Maktab Perguruan Sarawak, Miri. Bandarnya kecil dan perkhidmatan bas sangat terhad. Jam 5.30 petang dah sunyi .
Lebih menggembirakan hati saya ialah hasil peninggalan saya berupa lagu rasmi IPG Kampus Sarawak, Miri dan Lagu rasmi guru-guru di Sarawak "Pendidik Bumi Kenyalang" masih digunakan sehingga hari ini. Terima kasih Sarawak.
Walaupun telah berubah wajah namun orang-orang yang masih saya kenali seperti Jamali dan Abang Ali (pemandu bas maktab yang masih berkhidmat) Abang Motarda malah Puan Tumirah (kini dah jadi Timbalan Pengetua) sangat mesra dan semakin berbudi dan bahasa pun semakin indah. Saya bersyukur kerana Allah masih sayang pada saya . Terasa gembira yang bukan kepalang bertemu manusia yang berhati mulia . Semoga Allah membalas budi baik mereka .
Zainal Ariffin Ab. Ghani
IPG Kampus Perempuan Melayu,
Melaka. 013-6222774
No comments:
Post a Comment