Guru Muzik
Memulakan kerjaya sebagai guru muzik di Sek.Ren.Kebangsaan Dato' Idris Tanjung Ipoh, N. Sembilan pada Mac 1977 sangat mencabar. Pesta Muzik anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan adalah batu loncatan untuk saya menjadi seorang pensyarah muzik. Setelah beberapa tahun sekolah-sekolah di bawah kelolaan ulah saya sedar bahawa saya berjaya menjadi johan barulah dapat menjejakkan kaki ke Maktab Perguruan sebagai pensyarah muzik.
Saya masih ingat bagaimana sukarnya untuk belajar muzik. Sudahlah tiada guru untuk dirujuk saya pula yang jadi pakar rujuk . Kononnya saya paling menonjol ketika itu ( sebenarnya pengetahuan saya sangat cetek) namun saya tahu dan sedar kelemahan itu . Saya berusaha melalui percubaan-percubaan yang tak pernah saya lalui tetapi hasilnya sangat ketara. Rupanaya pengetahuan yang sangat sedikit sangat menyeksa hidup sebagai guru muzik . Orang kerap mengajukan soalan dan saya terpaksa mencari jawapannya. Inilah titik permulaan saya sebagai pendidik muzik. Saya belajar dari A hingga Z mengenai muzik sehingga saya boleh mencipta, menggubah, memprogram dan menghasilkan serta menerbitkan CD dan DVD sendiri.
Ingin tahu lebih lanjut....... ikuti sambungannya.
No comments:
Post a Comment