Wednesday, April 7, 2010

Penerbit CD & VCD




Sebagai seorang penerbit saya rasa terkilan kerana banyak hasil-hasil guru-guru baru dan lama yang ada nilai komersial tetapi tidak dapat diterbitkan. Saya berharap jika ada di antara yang membaca ruangan ini mempunyai bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang difikirkan dapat membantu guru-guru lain hubungilah saya atau beri respon melalui ruang ini. Jika saya dapati berguna dan bermakna saya sedia terbitkan tetapi hak cipta tetap milik tuan dan puan semua.


Kirimkan sinopsis dulu dan saya akan hubungi tuan/ puan semua. Jika sesuai saya sedia terbitkan setelah mendapat persetujuan tuan/ puan terlebih dahulu. Tiada apa-apa bayaran dikenakan tetapi tuan/ puan akan dibayar setelah ia dapat dipasarkan dengan tiada tujuan mencari keuntungan.


Apa yang lebih baik ialah ramai rakan guru di seluruh Malaysia akan dapat manfaat hasil penulisan tuan/ puan.


zainalariffin.com

No comments:

Post a Comment