Wednesday, April 7, 2010

Bersama-sama Kita Majukan Industri Pendidikan

Cikgu-cikgu sekelian ,

Cikgu-cikgu dijemput menulis apa saja mengenai pendidikan . Kalau nak hantar lukisan pun boleh. Saya sangat mengalu-alukan sumbangan cikgu semua. Biarpun sedikit tetapi kita dapat menyumbang untuk kemajuan industri pendidikan.

Sebenarnya macam-macam boleh dilakukan untuk kemajuan pendidikan seperti pantun nasihat, syair, cerita, puisi, katun, tips malah apa saja yang boleh dikongsi. Kita tahu tapi rakan kita mungkin tak tahun atau kita tak tahu tapi rakan kita tahu.

Mari kita berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Saya akan bantu rakan guru sekelian demi kesejahteraan dunia pendidikan yang sangat saya sayangi ini. Yang baik elok kita sebarkan dan yang kurang enak kita jadikan bahan untuk renungan.

Selamat bertugas .
Kitalah guru sejak dulu, kini dan selamanya.

Penerbit CD & VCD




Sebagai seorang penerbit saya rasa terkilan kerana banyak hasil-hasil guru-guru baru dan lama yang ada nilai komersial tetapi tidak dapat diterbitkan. Saya berharap jika ada di antara yang membaca ruangan ini mempunyai bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang difikirkan dapat membantu guru-guru lain hubungilah saya atau beri respon melalui ruang ini. Jika saya dapati berguna dan bermakna saya sedia terbitkan tetapi hak cipta tetap milik tuan dan puan semua.


Kirimkan sinopsis dulu dan saya akan hubungi tuan/ puan semua. Jika sesuai saya sedia terbitkan setelah mendapat persetujuan tuan/ puan terlebih dahulu. Tiada apa-apa bayaran dikenakan tetapi tuan/ puan akan dibayar setelah ia dapat dipasarkan dengan tiada tujuan mencari keuntungan.


Apa yang lebih baik ialah ramai rakan guru di seluruh Malaysia akan dapat manfaat hasil penulisan tuan/ puan.


zainalariffin.com